Soalan Lazim

Soalan : Berapakah yuran untuk mendaftar sebagai ahli seumur hidup ?

Jawapan : Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 adalah percuma dan bayaran hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja bagi penyediaan kad keahlian. Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat.

 

Soalan : Siapakah yang layak untuk memohon Ahli Seumur Hidup?

Jawapan : Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam.