Banner Puspanita

  • Home
  • Pengumuman
  • PERTANDINGAN BADMINTON PIALA YANG DIPERTUA PUSPANITA TAHUN 2018

PERTANDINGAN BADMINTON PIALA YANG DIPERTUA PUSPANITA TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan akan menganjurkan Pertandingan Badminton Piala Yang Dipertua PUSPANITA Tahun 2018 seperti berikut:

Tarikh     : 24 Februari 2018 (Sabtu)

Masa       : 8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat   : Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

 

PUSPANITA KDN ingin menjemput penyertaan Pengerusi / Timbalan Pengerusi / AJK dan ahli untuk menyertai pertandingan ini dengan membuat pengesahan penyertaan melalui borang pertandingan yang disertakan.Syarat penyertaan dan kadar yuran turut dinyatakan dalam borang tersebut.

Memandangkan hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan untuk mewakili PUSPANITA Cawangan KDN, pemilihan akan dibuat diperingkat KDN terlebih dahulu sekiranya terdapat lebih daripada satu penyertaan bagi setiap kategori. Sehubungan itu, sekiranya terdapat ahli yang berminat, mohon emelkan borang tersebut kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum 8 Februari 2018.

Bayaran dibuat setelah pengesahan penyertaan dimaklumkan kepada Cawangan Kecil berkenaan.