Banner Puspanita

PROGRAM KEUSAHAWANAN

PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI : "KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KEJAYAAN" SESI 1 TAHUN 2018 (SESI FEBRUARI - MEI 2018)

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Keusahawanan PUSPANITA Kebangsaan Bersama Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti : "Kemahiran dan Kreativiti Pemangkin Kejayaan" Sesi 1 Tahun 2018 (Sesi Februari - Mei 2018) akan bermula pada 9 Februari hingga 12 Mei 2018.

Untuk makluman YBhg. Datin Seri/Datin/Puan, penyertaan bagi setiap kursus adalah terhad dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 sahaja.

Penyertaan adalah first-come-first-served basis dan pembayaran yuran pendaftaran perlu dibuat setelah peserta berjaya dipilih untuk menyertai kursus berkaitan. Peserta yang telah membuat pembayaran yuran pendaftaran sebelum mendapat pengesahan penyertaan daripada urus setia atau membuat pembatalan di saat akhir, tidak akan dipulangkan semula pembayaran tersebut.

Sajian akan disediakan oleh urus setia dan pengangkutan adalah atas tanggungan peserta sendiri.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama semua Setiausaha Cawangan Kecil untuk memanjangkan jemputan ini kepada semua ahli di Cawangan Kecil masing-masing. Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini sila hubungi Cik Farhana Aziz di talian 03-2142 1332 atau emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.">This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.<mailto:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sila rujuk emel yang telah dihantar untuk keterangan lanjut.