Banner Puspanita

Soalan Lazim

Soalan : Berapakah yuran untuk mendaftar sebagai ahli seumur hidup?

  • Jawapan : Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) adalah percuma. Mulai 1 Mei 2019, hanya bayar RM10.00 untuk cetakan kad keahlian seumur hidup (berwajah baharu).

Soalan : Siapakah yang layak untuk memohon ahli seumur hidup?

  • Jawapan : Keahlian adalah terbuka kepada penjawat awam wanita dan suri kepada penjawat awam.

Soalan : Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli seumur hidup?

  • Jawapan : Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi Puspanita Kebangsaan.

Soalan : Apakah faedah yang boleh diperolehi oleh ahli Puspanita?

  • Tabung Latihan Puspanita
    Berpeluang menyertai program berterusan anjuran Tabung Latihan Puspanita Kebangsaan dan aktiviti-aktiviti Puspanita yang lain.
  • Tabung Puspadara Puspanita
    .Ahli dan keluarga, iaitu suami dan anak-anak, yang menghidap barah atau penyakit lain mengikut senarai penyakit yang diluluskan layak memohon bantuan dari Tabung Puspadara Puspanita Kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Puspanita Kebangsaan.
  • Ganjaran Diskaun
    Ahli yang memegang kad keahlian seumur hidup (berwajah baharu) berpeluang mendapat ganjaran diskaun di Jakel, Mavi, Lenovo, Ariani dan Pine Kitchen.