
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Negaraku.
Sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berjaya melaksanakan rebranding (penjenamaan semula) laman web PUSPANITA KDN. Saya percaya ianya mampu membawa wadah baru dalam penyebaran maklumat yang berguna kepada semua ahli.
Dengan adanya laman web ini, adalah besar harapan Kementerian agar ia menjadi satu platform untuk mengintegrasikan perspektif ahli dalam pelbagai aspek terutamanya berkaitan dengan pembangunan diri, keluarga dan masyarakat secara amnya. Saya yakin laman web ini akan berfungsi sebagai hub untuk ahli PUSPANITA dalam mengumpul, menyalur dan berkongsi maklumat berkenaan semua program dan aktiviti yang dianjurkan. Besar harapan saya agar laman web ini akan terus dikemaskini dari masa ke semasa dengan memasukkan pelbagai maklumat berkenaan semua aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Persatuan ini.
Saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bukalah minda untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup. Semoga komitmen dan usaha semua ahli terutamanya Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Kementerian ini termasuklah Jabatan-jabatan di bawah KDN akan mampu memartabatkan para suri dan penjawat awam wanita di KDN dalam mencapai kegemilangan.
Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Ruji Bin Haji Ubi
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri
Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri
