Portal Puspanita Kementerian Dalam Negeri
“Wanita Sepakat Negara Meningkat”
“Wanita Sepakat Negara Meningkat”
Salam Nuzul al-Quran 1447H / 2026
Marilah kita bersama-sama menghayati makna Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.
Semoga keberkatan Al-Quran menerangi hidup kita semua.
Ikhlas daripada:
YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim,
Pengerusi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri bersama seluruh warga PUSPANITA KDN.
#puspanitakdn
#Ramadan1447H
#NuzulQuran
#MalaysiaMadani
… See MoreSee Less

- Likes: 4
- Shares: 0
- Comments: 0
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA WARGA KEMENTERIAN DALAM NEGERI ANJURAN PUSPANITA
PUTRAJAYA, 26 Februari 2026 – Program Agihan Bubur Lambuk anjuran PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah berlangsung dengan jayanya di Lobi Setia Perkasa 8, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk. Semua peserta bekerjasama menyediakan bahan-bahan masakan dan memasak dalam suasana penuh semangat, harmoni dan ukhuwah.
Setelah selesai memasak, program diteruskan dengan sesi tazkirah Ramadan yang menekankan kepentingan meningkatkan amal ibadah serta menghayati bulan yang penuh keberkatan ini.
Program diakhiri dengan agihan bubur lambuk kepada warga Kementerian Dalam Negeri telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Datuk Norhayati binti Musa, Penaung PUSPANITA KDN. Turut hadir sama dalam program ini, YBhg. Datin Seri Hamisah binti Hussin, Timbalan Penaung PUSPANITA KDN, Timbalan Penaung PUSPANITA KDN, YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim, Pengerusi PUSPANITA KDN, serta Pengerusi-pengerusi Cawangan Kecil Agensi.
Semoga penganjuran program seumpama ini terus menyemarakkan penghayatan Ramadan serta memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam organisasi.
#MalaysiaMadani
#puspanitakdn
… See MoreSee Less


+
Selamat Menyambut Ramadan 1447H / 2026 ✨🌙
Marilah kita bersama-sama menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang bersih, memperbanyakkan amal ibadah, menyemai kasih sayang serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan kita.
Semoga Ramadan kali ini memberi ruang untuk kita meningkatkan ketakwaan dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Selamat berpuasa dan semoga setiap amal kebajikan diterima.
Ikhlas daripada:
YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim,
Pengerusi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri bersama seluruh warga PUSPANITA KDN.
#puspanitakdn #Ramadan1447H #selamatberpuasa #MalaysiaMadani
… See MoreSee Less

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 ✨🧧
Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kemakmuran serta memperkukuh perpaduan dan keharmonian buat kita semua.
Ikhlas daripada
YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri bersama seluruh warga PUSPANITA KDN.
Gong Xi Fa Cai! 🍊
#puspanitakdn #TahunBaharuCina #MalaysiaMadani
… See MoreSee Less

MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN IHYA RAMADAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI
PUTRAJAYA, 14 Februari 2026 – Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Ihya Ramadan Kementerian telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Kediaman Rasmi Menteri Dalam Negeri. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Datuk Norhayati binti Musa, Penaung PUSPANITA KDN, YBhg. Datin Seri Hamisah binti Hussin, Timbalan Penaung PUSPANITA KDN serta Pengerusi-pengerusi Cawangan Kecil Agensi.
Pengisian majlis dimulakan dengan tazkirah Ihya Ramadan yang memberi peringatan dan pedoman kepada para hadirin, diikuti dengan acara penyerahan kurma sebagai simbolik menyemarakkan kedatangan bulan yang mulia ini.
Turut hadir ialah YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Semoga program seumpama ini terus memperkukuh nilai murni, silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kementerian.
#IhyaRamadan #nilaimurni #KDN #puspanitakdn #MalaysiaMadani
… See MoreSee Less


+1
PERTANDINGAN NETBALL 3 ON 3 ANJURAN BIRO SUKAN, PUSPANITA JPM
PUTRAJAYA, 14 Februari 2026 – PUSPANITA KDN telah menyertai Pertandingan Netball 3 on 3 anjuran Biro Sukan, PUSPANITA JPM yang telah berlangsung di Gelanggang Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan daripada beberapa cawangan PUSPANITA yang lain dengan semangat kesukanan dan ukhuwah yang tinggi.
Syabas dan tahniah kepada pasukan PUSPANITA KDN yang berjaya mara ke peringkat akhir menentang pasukan FELDA dan seterusnya dinobatkan sebagai JUARA! 🏆
Tahniah diucapkan kepada semua pemain atas komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang dipamerkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang pada masa akan datang.
#puspanitakdn #sukanpuspanita #netball #juara #MalaysiaMadani
… See MoreSee Less


+5
MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
PUTRAJAYA, 12 Februari 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kecil PUSPANITA KDN pada 12 Februari 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim, Pengerusi PUSPANITA KDN.
Mesyuarat membincangkan perancangan program bagi tahun 2026 di samping memperincikan peranan serta hala tuju Jawatankuasa Kecil dalam memastikan setiap agenda dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh ahli.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga semua yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tanggungjawab demi kecemerlangan PUSPANITA KDN.
#puspanitakdn #MalaysiaMadani
… See MoreSee Less


+4
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI (MT PUSPANITA BILANGAN 2 SESI 2025 – 2027
PUTRAJAYA, 4 Februari 2026 – YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim, Pengerusi PUSPANITA KDN telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PUSPANITA Bilangan 2, Sesi 2025–2027 pada 4 Februari 2026 bertempat di Dewan Seri Endon, PUSPANITAPURI.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Seri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan bagi membincangkan hala tuju, perancangan serta pemerkasaan peranan PUSPANITA di semua peringkat.
Semoga segala keputusan yang dicapai akan terus memperkukuh gerak kerja persatuan demi kebajikan dan kesejahteraan ahli.
#puspanitakdn #MalaysiaMadani
… See MoreSee Less


+1
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2026
Dengan tema “Wilayah Persekutuan Kita”, PUSPANITA KDN menyeru seluruh warga untuk terus bersatu hati, menghargai kepelbagaian dan menyumbang ke arah Wilayah Persekutuan yang inklusif, berdaya huni dan sejahtera.
#puspanitakdn
#MalaysiaMadani
… See MoreSee Less

Visi,Misi & Moto
PUSPANITA
Kementerian Dalam Negeri
Visi
Dinamik, Inovatif dan Responsif
Misi
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA
Moto
"Wanita Sepakat Negara Meningkat"
Sertai Komuniti Kami
Berpeluang menyertai setiap program atau aktiviti khas anjuran PUSPANITA dan pelbagai tawaran menarik menanti.
Perlukan Bantuan?
Sebarang pertanyaan atau cadangan sila hubungi kami di talian secara langsung.



