
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Negaraku.
Laman web Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Kementerian Dalam Negeri ini merupakan satu wadah bagi ahli-ahli PUSPANITA terutamanya PUSPANITA KDN untuk berkomunikasi, berkongsi serta memperoleh maklumat di alam siber berkenaan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan.
Saya juga berharap agar semua aktiviti dan program anjuran persatuan ini mampu memberi impak kepada semua ahli dari segi aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Saya percaya dengan kerjasama dan penggembelingan tenaga hasil gabungan semua ahli di bawah Kementerian termasuk Jabatan-jabatan di bawah KDN, apa-apa sahaja program/aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan efektif dan jayanya.
Dikesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah berjaya memainkan peranan masing-masing dalam proses pembangunan laman web baru PUSPANITA KDN ini. Semoga kita dapat terus rancak berpersatuan dengan adanya platform ini lebih-lebih lagi dalam menyalurkan maklumat serta membuat hebahan setiap program yang dianjurkan.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar kita semua dapat memainkan peranan yang lebih holistik sebagai wanita yang mampu berdiri gah mengharungi sebarang cabaran yang mendatang, selari dengan slogan “Wanita Sepakat Negara Meningkat”.
Sekian, terima kasih.
Datin Kamariah Binti Abd Rahman
Pengerusi PUSPANITA
Cawangan Kementerian Dalam Negeri
