Puspanita KDN

Sejarah dan Tujuan Penubuhan

Sejarah dan Tujuan Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN

 

PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah ditubuhkan dengan rasmi pada 13 Oktober 2008 berdasarkan kelulusan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Penubuhan PUSPANITA KDN adalah ekoran daripada penggabungan dua (2) buah Kementerian iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) pada 18 Mac 2008.

 

Walaupun pada dasarnya PUSPANITA KDN ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Oktober 2008 namun aktiviti-aktiviti PUSPANITA KDN tetap dijalankan berasaskan persetujuan semua Ahli Jawatan Kuasa PUSPANITA antara kedua-dua Kementerian yang lama.

TUJUAN PENUBUHAN

 

Untuk merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.

 

  • Untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
  • Untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
  • Untuk mengadakan program-program bagi mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.