Puspanita KDN

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) adalah percuma. Mulai 1 Mei 2019, hanya bayar RM10.00 untuk cetakan kad keahlian seumur hidup (berwajah baharu).

Keahlian adalah terbuka kepada penjawat awam wanita dan suri kepada penjawat awam.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi Puspanita Kebangsaan.

  • Tabung Latihan Puspanita
    Berpeluang menyertai program berterusan anjuran Tabung Latihan Puspanita Kebangsaan dan aktiviti-aktiviti Puspanita yang lain.
  • Tabung Puspadara Puspanita
    .Ahli dan keluarga, iaitu suami dan anak-anak, yang menghidap barah atau penyakit lain mengikut senarai penyakit yang diluluskan layak memohon bantuan dari Tabung Puspadara Puspanita Kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Puspanita Kebangsaan.
  • Ganjaran Diskaun
    Ahli yang memegang kad keahlian seumur hidup (berwajah baharu) berpeluang mendapat ganjaran diskaun di Jakel, Mavi, Lenovo, Ariani dan Pine Kitchen.